Komputer
Riba atau lebih dikenali sebagai ‘laptop’
kini sudah bukan lagi menjadi satu lambang
kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak
ke sana ke mari, pasti memilih laptop
sebagai ‘teman sejati’ yang akan menemani
setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka
pergi.
Namun apabila tiba sahaja saat ingin membeli
laptop, pasti ramai yang kebingungan kerana
takut tersalah beli atau spesifikasi tak
power atau apa sahaja yang mungkin tak kena
memandangkan laptop bukanlah suatu barang
yang murah.
Lebih-labih
lagi di zaman yang serba moden ini, cepat
sahaja muncul pelbagai jenis laptop dengan
beragam spesifikasi dan jenama serta
harganya. Syarikat-syarikat pengeluar
komputer dan perisian berlumba-lumba
memperkenalkan model terbaru selang hanya
beberapa bulan.
Mungkin
terdapat ramai pengguna yang membeli laptop
dengan spesifikasi yang paling canggih tanpa
memikirkan kegunaannya. Penggunaan laptop
hanya untuk memeriksa email dan membaca
suratkhabar online sahaja, tetapi
specifikasi laptopnya mencapai sehingga 3GHz
processor, 1GB RAM, 120 GB Harddisk. Pasti
harga bagi laptop begini begitu mahal.
Bagaimana
memilih laptop yang sesuai dengan keperluan?
Saya kongsikan beberapa tips singkat
seperti berikut:
Kegunaan
Tentukan duhulu
kegunaannya, apakah laptop akan dipakai
untuk kegunaan pejabat, kegunaan biasa
dirumah (Email, News, Microsoft Office),
design, gaming, blogging, pembangunan
sistem, download movies dan mp3, mobile atau
kesemua yang dinyatakan.
Jika laptop
hanya dipakai untuk kegunaan biasa dirumah
seperti email, membaca berita, melayari
internet, menaip surat dsbnya, kelajuan
processor, Kapasiti
RAM (Random Access Memory), Harddisk dan
Graphic Card (VGA Card - Video Graphics
Array) tidak perlu tinggi. Spesifikasi yang
sederhana sudah lebih dari mencukupi. Jika
membeli laptop dengan spesifikasi
yang sederhana boleh menjimatkan wang anda.
Jika laptop
anda dipakai untuk tujuan design dan gaming,
sebaiknya anda memilih spesifikasi laptop
dengan menitikberatkan pada VGA Card dan
memori yang tinggi. Jika anda ingin laptop
dengan kemampuan lebih tinggi, memilih
teknologi
multi-core dan processor
64-bit sangat disarankan.
Laptop dengan
VGA yang tinggi kekuatannya dan memori yang
besar akan membuatkan design serta permainan
game anda terasa lebih ‘ringan’. Card VGA
sendiri berguna untuk menterjemahkan output
komputer ke monitor. Sedangkan memori (RAM) merupakan
satu alat penyimpan data digital sementara
yang biasanya mempunyai ukuran kapasiti
berdasarkan standard bit digital seperti
16MB, 32MB,64MB, 128MB, 256MB, 520MB,
1064MB dan seterusnya.
Untuk system
developing, anda boleh memilih laptop dengan
mempertimbangkan prosesor dan memori yang
mempunyai spesifikasi tinggi agar mampu
mengimbangi perkembangan developing tools.
Teknologi multi-core dan processor
architecture 64-bit juga disarankan.
Bagi
seseorang yang bergerak kemana-mana, anda
boleh menekankan pilihan pada jangka hayat
bateri, berat laptop, ukuran screen serta
beberapa feature internal connectivity
seperti wifi, bluetooth, IrDA, NetworkCard,
Modem dsbnya.
Layout
Selepas anda
menentukan kegunaan laptop bagi diri anda,
perkara lain yang harus dipertimbangkan
sebelum membeli laptop adalah tentang saiz
screen, berat laptop dan jangka hayat bateri.
Jika anda sering membawa laptop kemana-mana,
sebaiknya pilih laptop yang ringan, dengan
ukuran screen yang tidak terlalu besar agar
tidak susah membawanya.
Jangka hayat
bateri juga penting. Ada sesetengah bateri
laptop tidak mampu bertahan 2 hingga 3 jam
tanpa disambungkan ke soket. Jadi,
titikberatkan jangka hanyat bateri jika anda
seorang yang ‘mobile’. Jika anda ingin
menjimatkan penggunaan bateri, matikan
fungsi connectivity seperti Wifi atau
Bluetooth kerana fungsi tersebut akan banyak
menggunakan tenaga dari bateri.
Service yang disediakan dan alatganti
Ketika hendak
membeli laptop, jangan lupa untuk
mempertimbangkan service yang disediakan
oleh syarikat pengeluar laptop tersebut
seperti warranty dsbnya. Terdapat syarikat
pengeluar yang menyediakan khidmat servis
dan pembaikian dirumah. Mereka juga ada yang
menyediakan khidmat ‘home collection’ and
‘home delivery’ sewaktu kita mahu membuat warranty
claim. Dan satu perkara lagi, jangan memilih
laptop yang alatganti-nya amat susah untuk
dicari.
Sumber:
http://www.amzanimokhtar.com/
[
Kembali
ke Tips & Info IT ] |