|

|
Lindungi
jejak anda di internet |
Terdapat
pelbagai cara untuk menetapkan ciri
keselamatan ketika menggunakan internet
seperti mengenkrip e-mel, menutup
perkongsian fail dan memasang firewall.
Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang
percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat
peribadi anda menerusi internet. Biasanya
penceroboh melakukannya untuk cuba
mendapatkan capaian lain kepada komputer
yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh
membuang sebarang pelayaran web anda bagi
menyusahkan orang lain mengetahui di mana
anda pernah pergi dalam internet.
Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga
tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda
pernah berlayar dalam internet. Sebabnya
ialah untuk mengelakkan rahsia anda
terbongkar contohnya rancangan percutian
bersama keluarga. Atau anda juga sedang
menyimpan maklumat penting syarikat yang
ditugaskan kepada anda.
Berikut adalah beberapa petua untuk Internet
Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa
persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi
IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak
boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh
ISP anda seperti Jaring atau TMNet.
Jangan senarai diri anda
Setelah anda melayari internet anda dan jika
anda akan meninggalkan PC anda buat
sementara pastikan yang anda telah
memutuskan pelayar web anda dengan sejarah
pelayaran anda tadi. Senarai History IE
adalah senarai laman-laman web yang telah
anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah
untuk mendapatkan semula laman web yang
pernah anda lawati tanpa menggunakan
Favorites. Anda boleh mendapatkan
laman-laman yang anda lawati sebelum ini
menerusi Address Bar dan History akan
menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.
Fail History merupakan sebuah senjata
serampang dua mata. Klik Tools, Internet
Options, dan Clear History untuk membuangkan
segala senarai laman-laman web yang telah
anda lawati. Cara ini juga akan membuang
senarai URL pada Address Bar. Anda boleh
menukar jumlah hari atau jangkamasa URL
boleh disimpan dalam History. Kurangkan
jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat
URL dan tingkatkan jumlah hari untuk
memanjangkan jangka hayat URL.
Jika anda mahu membaca fail History, klik
Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan
History dalam medan Named. Dalam Look In,
klik Local Hard Drives. Klik Find Now. Anda
akan dapat mencari fail History file dalam
C:WINDOWSHISTORY. Membuang bahagian tertentu
dalam folder ini idak akan membuangkan
sebarang maklumat yang terdapat pada Address
Bar.
Satu lagi cara yang baik ialah untuk
membuangkan cache IE atau fail Temporary
Internet. IE dan pelayar web lain akan
menyimpan salinan laman, foto dan grafik
dalam folder berikut C:WINDOWSTEMPORARY
INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika
anda tidak ia akan menyalin semua kandungan
laman-laman web yang pernah anda kunjungi
atau setiap kali anda kunjungi. Pada
Internet Options General tab, klik Delete
Files dan OK.
Bersihkan jejak anda
Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil
yang dinamakan cookies ke dalam PC anda.
Cookies biasanya membantu laman web untuk
mengingati anda dan sebarang spesifikasi
peribadi anda semasa anda melayari laman web
tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari
sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web
anda jika mereka pergi ke C:WINDOWSCOOKIES
atau C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES.
Anda boleh membuang sebarang cookies
daripada folder anda satu-persatu. Cara yang
mudah adalah untuk menutup ruang untuk
cookies semasa anda melayari web. Pada
Internet Options, pilih Security dan Custom
Level, pergi ke Cookies dan klik Disable
pada semua yang berkaitan dengan cookies.
Petua-petua ini adalah untuk pengguna di
rumah sahaja. Jika anda menggunakan komputer
di pejabat pastikan yang rangkaian anda
telah mempunyai polisi rangkaian yang baik.
Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia
luar seperti internet, syarikat hendaklah
pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan
tidak bervirus!"
Sumber:
http://www.lelangau.org
[
Kembali
ke Tips & Info IT ] |
|
|