Spyware adalah
perisian kecil (small software) untuk
mencari maklumat di dalam pc melalui
sambungan internet tanpa pengetahuan mangsa,
lazimnya dalam bentuk iklan popup. Spyware
biasanya terselit bersama perisian Freeware
atau Shareware yang boleh di muatturun
melalui internet. Spyware dapat mencuri
maklumat melalui memori komputer dan
bandwidth internet. Ia mirip Trojan Horse.
Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan
sistem komputer rosak (crash) atau sistem
menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware
tidak dapat di kesan oleh kebanyakan
perisian anti-virus biasa.
Seperti lazimnya, saya tidak mengambilkira
perisian Anti-virus berbayar kerana kita
cuba menggunakan program yang bersih dari
sebarang "crack" yang nantinya akan
mendatang masalah jika tersalah pasang.
Kadang-kadang kita diberikan popup
memberitahu kononnya sistem komputer kita
mengalami kelembapan dan ia mencadangkan
kita untuk memasang progam itu dan ini.
Tolak semua yang meminta menginstall
program. Dengan janji apapun yang terlihat
seolah
lah
legal, sebenarnya pengguna dipaksa untuk
menerima program dari sebuah website agar
mereka dapat memasukkan Adware ataupun
Spyware.
Matikan program itu tanpa menjawabnya dengan
menggunakan tanda X pada windows sebelah
kanan atas. Dan jangan sekali-kali
mempercayai pilihan Yes, No dan lainnya yang
disediakan. Karena kemungkinan pilihan
tersebut semuanya berfungsi sama.
Saya membuat analisa setelah menjalankan
perisian ini di komputer yang berisi lebih
15GB data setiap satu.
Berikut ialah hasil kajian saya. Ia mengikut
turutan dari yang paling saya gemari kepada
yang kurang saya gemari.
SPYWARE TERMINATOR
Site:
http://www.spywareterminator.com

Saiz : 8,311 KB
Spyware Terminator ialah perisian percuma
yang mempunyai ciri Perlindungan Masa
Sebenar (Real-Time), HIPS dan Antivirus.
Membuang secara efektif sebarang spyware,
adware, trojans, keyloggers, lamanweb jahat
dan ancaman malware - malah ancaman seperti
Look2Me, BetterInternet, VX2, dan CWS.
Spyware Terminator mudah untuk digunakan,
memerlukan sumber PC yang kecil dan
mengimbas dengan cepat.
Selain melindungi komputer dengan
perlindungan masa sebenar pengimbasan sistem
lanjutan dan kuarantin dilakukan untuk
spyware yang ditemui. Ia melakukan
pengimbasan yang amat terperinci ke atas
cakera keras komputer kita, memori, proses,
registry dan cookies untuk mengesan dan
menghapuskan semua spyware yang dikenali.
"Real-Time Protection" mengawal komputer
anda pada masa komputer digunakan,
kerahsiaan, dan maklumat peribadi dari
ancaman yang tersembunyi sebelum ianya
dijalankan, memberhentikan ancaman sebelum
ianya terpasang, dan membantu mengawal
sebarang perlanggaran ciri keselamatan.
Real-Time Protection's Internet, System, dan
Application Guards memantau lebih 50 tempat
keselamatan untuk mengenalpasti aktiviti
yang tidak diketahui. Apabila anda melayari
lamanweb atau memuat-turun dan memasang
perisian baru, Spyware Terminator memantau
komputer anda dan akan memberi amaran jika
spyware ditemui. Spyware Terminator versi
1.8 memuatkan pelbagai ciri
lanjutan.termasuklah "Spyware Terminator
self-protection" yang menghalang spyware
dari merosakkan atau menyah-aktifkan Spyware
Terminator itu sendiri dan membolehkan anda
melakukan System Restoration (Pemulihan
Semula Sistem) yang akan memulihkan sistem
operasi di titik sebelum berlakunya masalah.
Perisian ini juga didatangkan dengan Clam
Antivirus siap terbina (pemasangan adalah
opsyenal) menjadikan ia satu-satunya
Ati-Spyware yang amat efektif dan berguna
dan yang bagusnya ia boleh mengimbas di
latarbelakang tanpa mengganggu sebarang
tugas yang anda lakukan samada melayari web
atau melakukan kerja-kerja menaip.
Ulasan beberapa pakar mendapati Spyware
Terminator ini diberikan taraf 5 bintang
contohnya http://www.softsea.com dan
www.freewaregenius.com, manakala vnunet dan
ZDNET Review memberikan nilaian EXCELLENT
kepada perisian ini.
SPYBOT SEARCH AND
DESTROY
Site:
http://www.safer-networking.org

Saiz : 4.80 MB
Spybot - Search and Destroy ialah sebuah
perisian pengesan dan penghapus adware dan
spyware. Ia termasuk menghapuskan komponen
pengiklanan, yang mengumpulkan statistiks
dan juga mengesan beberapa keylogging dan
lain-lain ciri pengintipan. Tambahan pula,
ia juga menghapuskan kesan penggunaan PC dan
Internet, termasuk sejarah pelayaran
browser, halaman sementara, cookies dan
lain-lain.
Program ini
menawarkan satu antaramuka yang agak mudah
digunakan dengan dua pilihan setting -
setting biasa dan setting lanjutan. Ia
dilengkapi dengan fungsi TeaTimer (aktifkan
semasa mula-mula memasang perisian ini)
iaitu perisian yang akan memantau sebarang
perubahan yang berlaku kepada resitry
Windows anda. Setiap kali berlaku perubahan
anda akan diminta untuk mengesahkannya. jadi
jika berlaku spyware atau adware ingin
mendaftar di dalam registry anda boleh
menolaknya dengan menjawab NO semasa TeaTime
mengesannya.
SpyBot
menghasilkan satu laporan lengkap yang mudah
difahami sebelum ia memadam atau
menghapuskan sebarang fail dan mengizinkan
anda untuk membenarkan mana-mana item yang
anda tidak mahu diproses. Ia juga memasukkan
penyegar semula (restore) jika ianya
diperlukan.
Cuma dari pengamatan saya semasa pengimbasan
dilakukan ia terlepas beberapa spyware yang
kemungkinannya belum dikenali oleh Spybot
Search and Detroy ini.
MICROSOFT WINDOWS
DEFENDER
Site:
http://www.microsoft.com

Saiz : 5,033 KB
Microsoft Windows Defender mengenalpasti
adware dan spyware dari komputer anda, dan
juga mempunyai perlindungan masakini yang
akan memberitahu anda sebarang unsur yang
merbahaya apabila ditemui, memberhentikan
kebanyakan spyware sebelum ia sempat
terpasang.
Program ini
mengandungi pelbagai ajen yang bertindak
sebagai pengawal di bahagian utama sistem
operasi anda yang sering merupakan sasaran
untuk mengubah setting sistem komputer anda
contohnya spyware yang cuba menambahkan ciri
menu, menukar lamanweb dan berbagai-bagai
lagi.
Jika sebarang
adware atau spyware dikesani semasa
pengimbasan, anda akan diberikan maklumat
mengenai serangan tersebut dan anda boleh
memilih samada hendak menghapuskannya atau
mengkuarantinnya. Salah satu ciri yang saya
gemari ialah ia boleh menyah aktifkan
mana-mana proses yang hendak dijalankan
semasa start-up. Cuma menurut PCMAG terlalu
banyak spyware yang terlepas dari (lebih
separuh yang dikesan tetapi tidak dihapuskan).
AD AWARE SE
Site:
http://www.lavasoft.com/

Saiz : 2788 KB
AdAware ialah sebuah perisian yang mengimbas
memori, registry, cakera keras, pen-drive
atau disket untuk sebarang perisian
pengiklanan yang menggali data dari komputer
anda. Ia kemudian akan menyenaraikan hasil
keputusannya dan menawarkan kepada anda
samada anda ingin menghapuskan atau
mengkuarantinkan komponen berkenaan.
Program ini
mengesani jumlah adware/spyware yang agak
banyak dan boleh dikemaskinikan dengan data
terbaru melalui utiliti kemaskini yang siap
dipasang. Namun malangkanya versi percuma
hanya mengimbas tetapi tidak mempunyai
perlindungan masa sebenar (real-time
protection) dan tidak mempunyai
pengemaskinian data secara automatik
SPYWARE BLASTER
Site :
http://www.javacoolsoftware.com/

Saiz : 2,506 KB
SpywareBlaster tidak mengimbas atau membuang
spyware, tetapi menghalang ia daripada
dipasang di komputer anda. Ia menggunakan
CLSIDs spyware ActiveX controls yang
popular, dan juga menawal pemasangan dari
mana-mana lamanweb. Ini akan mengizinkan
anda untuk menjalankan Internet Explorer
dengan Active-X diaktifkan, tetapi tidak
akan memuat-turun sebarang ActiveX controls.
Pengakalan
data SpywareBlaster mengandungi maklumat
berkenaan spyware Active-X controls dan
boleh dikemaskini dengan menekan butang yang
disediakan. Program ini tidak akan mengesan
sebarang objects yang telah sedia terpasang.
Sumber:
My
Sahabat
[
Kembali
ke Tips & Info IT ] |